🇲🇾 GG4X4 Sertai Terengganu Merdeka Challenge 2025 – Semangat Merdeka, Semangat Off-Road!
- gg4x4motorsport
- Jul 22
- 1 min read

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, pasukan GG4X4 sekali lagi turun padang menyahut cabaran off-road dengan penuh semangat patriotik! Kali ini, kami akan menyertai Terengganu Merdeka Challenge 2025 yang bakal berlangsung pada 29–31 Ogos 2025 di Bandar Baru, Kuala Nerus, Terengganu – sebuah lokasi yang menjanjikan cabaran laluan paya, serta denai hutan yang menguji ketahanan fizikal dan jentera.
Sebanyak 5 jentera GG4X4 akan bertanding, mewakili dua kategori utama:
🛻 SWB (Short Wheel Base) - 1
🚙 LWB (Long Wheel Base) - 4
Setiap unit telah bersedia dari segi teknikal dan taktikal – dilengkapi dengan persiapan rapi serta semangat juang tinggi. Ini bukan sekadar perlumbaan, tetapi satu medan untuk membuktikan kekuatan jentera tempatan dan kerjasama pasukan, selari dengan semangat kemerdekaan negara.
GG4X4 membawa nama komuniti dengan bangga, bukan hanya di trek, tapi dalam setiap ikatan persahabatan dan kerjasama yang terbina sepanjang acara. Kami turun bukan sekadar berlumba, tapi untuk menyatukan peminat 4x4 seluruh Malaysia dalam satu semangat – semangat
Jentera - Jentera Bakal Bersaing di Terengganu Merdeka Challenge 2025


Comments